BEG PERCUMA DARI SHELL

 (((Assalamualaikum..wbt)))

Beg percuma dari Shell??! tajuk je gempak..mana ada Shell nk bagi percuma mcm tu je.. Sebenarnya hadiah untuk Minyak Pelincir..Beli kt stesen minyak Shell je dpt ni, kalo beli kat kedai sparepart xdenya percuma tp harga kt sparepart murah.
 Dulu kalo nak beli minyak, memang cari kat sparepart je..murah dan banyak pilihan. Tapi sejak heboh pasal minyak tiruan yang berleluasa skang ni..tak mau dah la..Beli kat Shell lah, walaupun harga mahal sket tapi puas hati dan yg penting dapat hadiah..Dengar2 bulan depan hadiah jam tangan..
Ok, Sebagai panduan untuk pastikan minyak ori atau tiruan, yang pertama tengok pada penutup, Pastikan seal dia kemas dan tak longgar, kalau longgar tu kompom tiruan. Shell punya minyak ni ada kod pengesahan lagi..Boleh gores dan sms ke shell untuk pengesahan..terbaik lah!!
 Yang ke-2, check pada botol minyak..pastikan ada "print code" no.siri dan tarikh.. kalau xde, Sah minyak tiruan, Semua minyak Ori ada Print code ok. 
Dan yang terakhir, check kat bawah botol, biasanya minyak Ori ada 4 logo.. Kalau ada kurang dari 4 tu, tak tau nak kata lah..lu fikir la sendiri, kalo tanya tokey kedai, semua minyak dia kata ori..
Tp,semua Tanda2 ni boleh di copy kalo depa nak..jd Hati-hati lah semasa membeli ok.
Bye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TIPS UNTUK TIDAK SELALU MEMARAHI ANAK

ASSALAMUALAIKUM..WBT
Bagi mereka yg suka marah-marak kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik...
1. Kita adalah orang yang matang, anak kita masih tidak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak kita tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

**Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang marah perlu menjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelahan?

**Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah,dua hati adalah berjauhan, Oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang. Itulah keajaiban Ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, Jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan membisik, supaya mereka faham..dengar..dan hati mereka kekal dekat dengan kita.

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik adalah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

#Semoga Bermanfaat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trojan t-28 3d in progress!!

 (((Assalamualaikum..wbt)))
Model Trojan t-28 homemade..
Blueprint model ni boleh cari kt tenet..mcm2 ada..
Body di buat dari plastik keras..tak tau la apa nama sebenar plastik ni..di gam menggunakan hot glue. Hanya guna 3 servo saja..aileron, elevator dan rudder.
Boleh la nak blaja2 fly 3d sebelum beli model yg cun melecun kat kedai Hobby tu..yg ni kalau jatuh pun x ralat sgt sebab modal nak buat dlm RM20 je..kalau beli siap Kit EPP atau EPO dalam RM100 lebih kot..so,buat sendiri lg jimat..nanti da betol2 skilled..baru beli..Balsa pun xde hal lah.
So,yg ni berat lebih kurang 550gram je..di padankan dengan brushless motor 1450kv Battery palk 450mah je dan ESC 18amp..Ok..jom fly 3d!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAJLIS PENGEBUMIAN DI MASJID JAMEK

Assalamualaikum...wbt
Al-Fatihah buat Al-marhum Mohd Suhardi Bin Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah. Innalilla hiwainna ilaihi rajiuun..
Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat terjatuh semasa di bilik mandi..Wallahua'lam, Sememangnya itulah punca kematian yg zahir dimata kita tapi yang pasti Ajalnya telah sampai..
Setelah dunia ditinggalkan, maka bermula lah Alam kubur
Jenazah di tanam bersama keranda yg disediakan oleh TUDM
Persekitaran Tanah Perkuburan Masjid Jamek
Allahyarham merupakan seorang Anggota Bomba TUDM
Majlis diuruskan oleh kumpulan 1/4 Guard PU Bwth
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat yg berterusan ke atas roh beliau dan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh..amin.
Segala kelengkapan di cuci sebelum di simpan..
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar, cuaca pun elok..Cuma on the way nak balik Base..tetiba hujan lebat pulak!! maka tak senang duduk lah geng2 3 tan ni..hehe..
Thanks All..bye2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!