Wanita Adalah Ujian Kepada Lelaki

(((Assalamualaikum..wbt)))

Wanita Adalah
Ujian Kepada Lelaki

Daripada Usamah bin Zais r.hm daripada Nabi Muhammad SAW sabdanya : Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian:
Semasa di dunia manusia tidak dapat lari daripada ujian Allah SWT dan seberat-berat ujian ialah ujian dengan kaum wanita kerana kerap kali berlaku kecenderungan kepada wanita menyebabkan lelaki melakukan perbuatan yang menyalahi syarak.

  • Islam mengingatkan kaum lelaki supaya mengawasi diri daripada godaan wanita.
  • Wanita adalah daya penarik kepada kaum lelaki.
  • Wanita ialah sumber kebaikan dan kejahatan bagi kaum lelaki. 
"petikan daripada koleksi senarai hadis dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim)" 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kelebihan Alza Baru

Assalamualaikum..wbt

Jom survey Alza baru 2014 ni.. Alza Advance engine 1.5L DOHC 16V DVVT. Diantara ciri-ciri baru nya.. sistem ISOFIX. Sistem ni xdela baru sangat, di kuatkuasakan pada November 2012.
Isofix "international standardized fitting system" ni ialah satu standard untuk pemasangan kerusi kanak-kanak dalam kereta..Lepas ni xdela main belit dengan seat belt je..da ada point2 untuk letak "child car seat" dgn lebih mudah, cepat, kukuh dan yg paling penting "selamat" Insyaallah...
Kelebihan lain, armrest dgn ruang simpanan..yg dulu xde. Seat belakang boleh di lipat berasingan..Design meter yg baru, cermin semua 'tinted', leather seat dengan karpet berkualiti tinggi katanya.. dan kawalan audio pada stering (biasa ni).
Sistem multimedia plak dilengkapi Navigasi, reverse camera dan roof-mounted monitor.. yg lagi syok sistem multimedia dia siap ada "pengesan lokasi TM Wifi Hotspot untuk kegunaan melayari internet dengan mudah..Bahagian luar plak full skirting siap spoiler dan Electric side mirrors..
Harga plak....yg Solid RM69,503.50 & Metallic RM70,003.50 
Bagi aku Alza Advance1.5 2014 ni cukup cun dah..rasa macam nak trade-in je.. banyak lagi benda2 baru katanya, nanti kita survey lagi..challo!! Thanks Singgah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dividen Asb

Assalamualaikum..wbt

((Tahun ni: Dividen Asb 7.70% dan Bonus Asb 1.0%))

Ramai sungguh orang update Buku Asb ari ni.. dah 3 bank aku survey sumenya bagi alasan yg sama bila cakap nak update buku Asb.."nombor dah habis". 1st bank aku pg pagi ni..bank Maybank kulim Hi-tech..dekat luar nampak tenang..tp kat dalam tuuu dia..penuh!! dan agak kurang sopan sket pegawai kt

kaunter pertanyaan tu.."aku cakap nak update buku Asb"...ada ke patut dia soh aku mai esok atau lusa je.. tau la penat melayan kerenah manusia hari ni...tp agak2 la..x payah la  nk tunjuk penat.. dah awk yg duty ari ni..layan je la....x pasal2 aku pulak yg sakit hati..
Gambar kt atas ni bukan Maybank Hi-tech, ni bank ke-2 aku try nak update buku Asb..pun x boleh jugak..sebab nombor giliran habis..Ni bank Maybank bandar Kulim..kecik je bank ni.. tu aweks yg kt lua tu bukan saje2 lepak tu..,tunggu giliran tu..xtau la apa urusan dia..tp hari ni boleh kata 80% urusan Asb..
Bank ke-3..Rhb bank kulim.. mula2 sampai nampak banner "kemaskini Dividen &bonus ASB anda" yg paling best, kat bawah skali tu "hadiah menarik menanti anda"..Bank ni pun sama jugak..kt lua tenang je..

kt dalam..sesak!! belum sampai kt kaunter pertanyaan..pak guard bank dan tanya.."ada urusan apa ye?? Kalau urusan Asb..nombor giliran habis" Perghh!! Sentap hati mak nak..!! aku tak cakap banyak la..terus kuar dan balik..try petang ni plak..lepas solat jumaat.. challo!

Tahun ni: Dividen Asb 7.70% dan Bonus Asb 1.0%
Tahun lepas: Dividen Asb 7.75% dan Bonus Asb 1.15%
so,Naik ke turun?? renung2 kan...Barang je Naik! Duit Turun! Donia..Donia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!